Yuran Taska

YURAN TAHUNAN

 
Yuran tahunan merangkumi bayaran bagi menampung perbelanjaan pentadbiran taska; pelaksanaan aktiviti kanak-kanak serta penyelenggaraan dan penggantian peralatan taska/premis taska. Yuran tahunan hendaklah diselesaikan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kanak-kanak masuk ke taska.

YURAN BULANAN

 

Yuran bulanan telah ditetapkan berdasarkan pengiraan prorata keperluan perbelanjaan jagaan kanak-kanak untuk tempoh satu tahun. Tiada mana-mana bahagian dalam yuran bulanan akan dikembalikan atau dikecualikan sekiranya kehadiran anak anda dalam sesuatu bulan tidak penuh.Yuran bulanan hendaklah dibayar lebih awal untuk bulan berikutnya. 

CAJ LEBIH MASA

Caj lebih masa akan dikenakan kepada ibubapa/penjaga yang menghantar anak lebih awal dari jam 7.00 pagi atau mengambil anak lewat dari jam 6.00 petang.

Caj lebih masa (sekiranya ada) bagi bulan semasa akan dikutip bersekali dengan bayaran yuran bulan seterusnya.

TATACARA BAYARAN

Invois bagi bayaran yuran bulan berikutnya akan dikeluarkan kepada ibubapa/penjaga pada setiap penghujung bulan semasa atau awal bulan berikutnya dan bayaran hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya 5 hari dari tarikh invois. Resit hanya akan dikeluarkan setelah bayaran penuh diterima.

Bayaran hanya secara atas talian atau CDM ke akaun bank TASKA BMIZ. Tiada transaksi tunai dibenarkan dibuat kepada mana-mana staf TASKA BMIZ kecuali dengan kebenaran Pengurus TASKA. 

PERINGATAN!

TASKA BMIZ berhak untuk tidak menerima masuk kanak-kanak sekiranya terdapat mana-mana bahagian bayaran yuran dan caj lebih masa tidak dibayar mengikut peraturan ditetapkan.