Kata Aluan Pengurus 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Ibu bapa / Penjaga yang dihormati, 

Selamat datang ke TASKA Bondamama Ilham Zarif (BMIZ)!

Kami percaya, kehadiran anak anda ke TASKA BMIZ merupakan langkah pertama mereka ke alam persekolahan. Kami juga mengakui bahawa ibubapa/penjaga merupakan pendidik yang pertama kepada anak-anak. Oleh yang demikian, kami sentiasa berharap mendapat kerjasama dan perkongsian maklumat daripada setiap ibubapa/penjaga mengenai anak masing-masing. Adalah diharapkan supaya kerjasama dan perkongsian tersebut dapat membantu kami untuk mengembangkan lagi pengalaman dan bakat sedia ada anak-anak serta dapat merancang didikan yang terbaik bagi mereka untuk masa hadapan.

TASKA BMIZ menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dengan kesemua guru-guru mempunyai kelayakan dalam bidang asuhan kanak-kanak, bermotivasi tinggi, penyayang dan berusaha memastikan kemaslahatan dan perkembangan kanak-kanak seiring dengan usia, keperluan dan minat kanak-kanak. Oleh yang demikian, TASKA BMIZ sentiasa berusaha membangunkan serta menambahbaik program berasaskan aktiviti (ProAktiv Kids Playschool) yang keseluruhannya bersandarkan kepada keseronokan dan permainan. Halaman-halaman seterusnya dalam laman ini diharapkan dapat memberikan gambaran sebenar mengenai operasi dan pengurusan TASKA BMIZ kepada anda. 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan yang tidak terjawab, kami sentiasa bersedia menerima pertanyaan anda melalui pelbagai medium komunikasi seperti telefon, SMS, Watssapp, Facebook, e-mel sebagaimana tertera di halaman utama. Kami mengharapkan anda dan anak/anak-anak anda mendapat pengalaman yang menyeronokkan sepanjang berada di TASKA BMIZ Putrajaya. Terima kasih atas sokongan anda! 

 

Yang benar, 

 

Zaifizam bin Zainal Abidin 

Pengurus TASKA BMIZ